HOKI
LHRM 2019: Lima pasukan lagi sah beraksi
Selepas tamat pusingan kedua playoff Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2019 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini , MSN-PHT-MSST, Sabah JR 2022, KL-Wipers, MSN/SSN Young Lion Perlis dan BJSS JR 2022 mengesahkan tempat mereka bagi musim ini.
Hasil kutipan mata keseluruhan menyaksikan kedudukan teratas bagi perlawanan playoff ialah MSN-PHT-MSST yang mengumpul enam mata, diikuti oleh Sabah JR 2022 di kedudukan kedua dengan lima mata.
KL-Wipers yang turut mengumpul lima mata di kedudukan ketiga atas faktor perbezaan jaringan dan perbezaan jaringan juga meletakkan MSN/SSN Young Lion Perlis yang mengumpul empat mata bersama BJSS JR 2022 di kedudukan keempat dan BJSS JR 2022 kelima.
Iklan
Aksi hebat ditampilkan oleh BJSS JR 2022 dan Sabah JR 2022 selepas pada Jumaat lalu kedua-dua pasukan memiliki bekalan untuk aksi hari ini sehingga pertemuan tersebut diheret ke penentuan shoot-out apabila aksi 60 minit berkesudahan seri 2-2.
Kemenangan 4-2 menerusi penentuan shoot-out menghadiahkan Sabah JR 2022 satu mata tambahan di mana selepas tamat kedua-dua perlawanan, Sabah JR 2022 mengumpul keseluruhan lima mata manakala BJSS JR 2022 mengumpul empat mata.
BJSS JR 2022 membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi gol padang kapten pasukan, Muhd Halif Mohd Fadzly, sebelum Sabah JR 2022 kembali mengikat kedudukan pada minit ke-29 hasil gol padang Yehzekoveen Rinol.
Seminit selepas aksi separuh masa kedua bermula, Sabah JR 2022 berada di depan seketika hasil gol pukulan sudut penalti kapten pasukan, Muhammad Daniel Hakim, dan jaringan penyamaan BJSS JR 2022 hadir pada minit ke-44 menerusi Shafy Shahymm Huzzeini Shahrul Azran Huzeini.
Sementara itu, MSN-PHT-MSST yang berpesta gol pada Jumaat lalu tidak berdepan masalah untuk memastikan slot mereka terjamin dalam saingan utamaTNB LHRM 2019 apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut menewaskan PHNS/MSSNS/MSN 3-0 hasil tiga gol pukulan sudut penalti pada minit keenam, 34 dan 42.
Pertemuan di antara KL-Wipers dan GR Hilander Boys pula menyaksikan KL-Wipers, yang terikat seri dalam aksi pertama dan mendapat kelebihan satu mata selepas memenangi penentuan shoot-out, turut layak ke kejohanan sebenar apabila mencatat kemenangan 3-1.
Dalam pada itu, aksi yang berlangsung di antara KLSS-TTC dan MSN/SSN Young Lion Perlis pula tamat dengan kemenangan 5-0 berpihak kepada skuad dari Perlis itu, sekali gus muncul selaku lima pasukan terbaik untuk bersaing dalam saingan utama musim 2019.
Satu lagi pertemuan iaitu antara TBSS dan TMHC-PHK pula berkesudahan dengan kemenangan 3-1 berpihak kepada TBSS, namun tiga mata yang dikumpul dalam dua perlawanan tidak cukup untuk membantu mereka untuk mara.
LHRM 2019 akan membuka tirai secara rasmi Jumaat ini dengan 14 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran.
Keputusan Playoff Pusingan Pertama (Ahad, 16 Jun)
TBSS 3-1 TMHC-PHK
BJSS JR 2022 2-2 Sabah JR 2022 (Shoot Out: 2-4)
PHNS/MSSNS/MSN 0-3 MSN-PHT-MSST
KL-Wipers 3-1 GR Hilander Boys
KLSS-TTC 0-5 MSN/SSN Young Lion Perlis
Must-Watch Video



