UiTM 2 MAYBANK 1
Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempamerkan kebangkitan dengan mengecewakan Maybank menerusi kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020 di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Selepas mempamerkan aksi kurang konsisten sepanjang lapan perlawanan, UiTM berdepan misi sukar, apatah lagi Maybank ketika ini bersaing hebat dengan Terengganu Hockey Team (THT) bagi kedudukan ketiga liga.
Permainan, bagaimanapun, berlangsung perlahan dalam separuh masa pertama sebelum Maybank mula mendapat rentak bagi mencipta beberapa peluang jaringan tetapi dinafikan ketangkasan penjaga gawang UiTM, Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman.
Kebuntuan jaringan hanya terlerai pada minit ke-47 apabila Joel Samuel Van Huizen bijak memanfaatkan peluang bagi meletakkan Maybank di depan.
Pendahuluan itu, bagaimanapun, hanya bertahan selama tiga minit selepas Danial Asyraf Abdul Ghani mengikat kedudukan buat UiTM menerusi gol padang.
Pemain import UiTM, Miyu Tanimitsu, muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol kemenangan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-57.
“Pemain kami bermain dengan baik hari ini berbanding dengan perlawanan sebelum ini, kami dapat kekalkan corak taktikal walaupun membuat beberapa kesilapan.
“Aksi hari ini antara yang terbaik pernah kami tampilkan musim ini dan kami berharap dapat mengekalkan rentak konsisten ini, khususnya lawan kami selepas ini antaranya THT, TNB dan UniKL,” jelas jurulatih UiTM, Meor Mohd Shahril Saarani.
“Kami tidak dapat menjaringkan gol daripada beberapa peluang yang tercipta selain pemain kami dihukum dengan kesilapan sendiri dan kami perlu bangkit semula dalam baki lima perlawanan berikutnya untuk kekal di kedudukan empat terbaik,” ujar pengendali Maybank, Azrul Effendy Bistamam.
Sementara itu, THT mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas TNB Thunderbolts di laman sendiri.
Thunderbolts terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-13 sebelum Jang Jong Hyun serta Faizal Saari meletakkan tuan rumah di depan dengan kedudukan 2-1.
Pelawat membalas dengan jaringan penalty stroke Fahmi pada minit ke-42, namun Jong Hyun membuktikan ketajamannya menerusi penyudah pukulan sudut penalti untuk meledak gol kemenangan THT pada minit ke-55.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula mengekalkan momentum kemenangan, kali ini mengatasi Kedah/Nurinsafi 6-2.
Selepas membelasah Thunderbolts 11-2 dalam pertemuan sebelum ini, TNB pastinya mengharapkan ketajaman penyudah berterusan dalam aksi berdepan Nurinsafi.
Hasilnya skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu tidak perlu menunggu lama apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal.
Dua pukulan sudut penalti oleh Muhammad Shahril Saabah dalam tempoh seminit kemudian meletakkan TNB selesa di hadapan.
Azrai menambah satu lagi jaringan pada minit ke-26 sebelum Nurinsafi membalas hasil jaringan padang Syed Sibtain Raza Naqvi serta pukulan sudut penalti Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi.
Shahril melengkapkan hatrik pada minit ke-55 sebelum kapten pasukan, Faiz Helmi Jali, memastikan tiga mata penuh buat TNB dengan jaringan keenam.
Perlawanan lain menyaksikan pendahulu liga, UniKL, mengekalkan rekod kemenangan dengan membelasah Hockademy KL 6-0 dalam pertemuan di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi.
Roel Bovendeert cemerlang buat UniKL dengan memperoleh jaringan di samping Muhamad Hafiz Zainol, Krishanraj Singh Gill Jagraj Singh, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin serta Muhammad Najmi Farizal Jazlan turut mencatat nama selaku penjaring.
Keputusan itu menyaksikan UniKL kini mengumpul 27 mata maksimum daripada sembilan perlawanan dan kekal dengan kelebihan lima mata di hadapan TNB.
Editor: Ammar Hakim