Skip to main content

Hoki

LHM: TNB sasar kekal momentum garang

nor-saiful-zaini.jpg
TNB 10 ATM 1 

TNB mencetak kemenangan keempat dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas membelasah ATM 10-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam. 


Firhan Ashaari memulakan pesta gol ke atas ATM itu dengan gol padang pada minit ke-7 dan terus mengawal permainan untuk melebarkan kedudukan termasuk jaringan pukul sudut penalti daripada Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-32 perlawanan.

Berbaki beberapa minit sebelum tamat perlawanan, ATM tidak pulang tangan kosong apabila Amirul Hanis mencetak gol pertama ATM melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-56 perlawanan.

"Walaupun ATM bukanlah sebuah pasukan kuat jika dibandingkan dengan UiTM, Maybank dan THT. 



"Tapi ambil serius perlawanan ini memandangkan musim ini berbaki beberapa perlawanan lagi yang boleh menentukan kejuaraan liga buat kami. 

"Kebanyakkan gol yang dihasilkan hari adalah gol padang jadi saya kami dapat kekalkan momentum ini dan bermain lebih baik lagi dalam perlawanan seterusnya," kata ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video