Skip to main content

Hoki

LHM: TNB juara Piala Sumbangsih atasi THT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tnb-sumbangsih.jpg
TNB 2 THT 2
(TNB dinobat juara Piala Sumbangsih selepas menang penentuan penalti 3-2)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menebus kekecewaan sepanjang dua edisi lalu apabila menumbangkan juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT), 3-2 dalam penentuan penalti aksi Piala Sumbangsih di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kejayaan itu turut menyaksikan TNB menyekat impian THT untuk meraih gelaran hatrik Piala Sumbangsih selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 60 minit.

TNB terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti Jang Jong-hyun pada minit ketiga dan Azrai Aizad Abu Kamal kemudian melebarkan kelebihan itu hasil jaringan padang pada minit ke-24.

Bagaimanapun, THT bangkit menyamakan kedudukan hasil dua jaringan Fitri Saari, masing-masing pada minit ke-24 dan 49.

Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan meraih satu mata bagi aksi pembukaan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video