UiTM 0 THT 3
Persaingan empat pasukan teratas Liga Hoki Malaysia (LHM) terus sengit dengan THT menewaskan UiTM di Stadium Hoki Tun Razak hari ini.
Skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu berdepan tentangan hebat UiTM sebelum
membuka tirai jaringan menerusi Faizal Saari, yang menyempurnakan penalty stroke pada minit ke-
13.
Belum sempat UiTM menemui rentak, Fitri Saari pula menggandakan pendahuluan itu menerusi gol padang yang hanya berselang seminit.
THT memperoleh beberapa peluang lain tetapi dikecewakan ketangkasan penjaga gol tuan
rumah, Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman sebelum Muhammad Umar Bhutta menambah satu lagi gol pada minit ke-57 untuk pasukan Terengganu itu terus bersaing di tempat ketiga dengan 28 mata daripada 11 perlawanan.
“Apa yang kami cuba adalah meneruskan perjuangan untuk mencari kemenangan kerana peluang untuk meraih tempat kedua masih terbuka.
“Saya berharap THT akan terus mengekalkan rentak ini untuk memberikan lebih tekanan kepada
TNB selain berada di tahap terbaik untuk Piala TNB nanti,” kata Dhaarma.
Sementara itu, pendahulu liga, UniKL, meraih kemenangan ke-11 berturut-turut untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membenam TNB Thunderbolts 3-1 di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi.
Roel Bovendeerts membuka jaringan buat pasukan tuan rumah itu pada minit ke-17 sebelum Najmi Farizal Jazlan menyempurnakan dua pukulan sudut penalti.
Thunderbolts pula memperoleh gol sagu hati pada minit-minit akhir menerusi sentuhan Iskandar Fareez Shah Zainal Abidin.
Turut mencatatkan kemenangan adalah Maybank yang menewaskan Nurinsafi-Kedah 5-4 di Stadium Hoki Sungai Petani manakala TNB berpesta gol 7-1 ke atas Hockademy KL di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Editor: Muzaffar Musa