Penyerang berpengalaman TNB, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, menyifatkan kombinasi mantap pemain senior dan baru sebagai antara penyumbang kemenangan ke atas Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM), semalam.
Penyerang kelahiran Perlis itu mengakui bukan mudah untuk berdepan lawan yang diperkuatkan enam awang import.
Bagaimanapun, setiap pemain menampilkan komitmen baik bagi memastikan perancangan jurulatih, Nor Saiful Zaini, berjaya dilaksanakan.
"Bagi saya, ini satu pencapaian yang baik walaupun kami dibarisi ramai pemain tempatan.
"Kami beraksi dengan baik sebagai sebuah pasukan, terutama pemain muda yang memberi impak yang baik.
"Saya harap momentum ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya," katanya menjelang pertemuan dengan Maybank di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil, esok.
Dalam masa sama, ketua pasukan UniKL, Marhan Jalil, menyifatkan kekalahan semalam berpunca daripada kesilapan sendiri.
Kegagalan pemain menutup ruang buat pemain lawan juga memberi kesan.
"Kami terlalu mudah memberi mereka gol dalam situasi mengawal pemain lawan.
"Kami memberi mereka ruang untuk menyambut hantaran dan daripada situ mereka mengambil kesempatan untuk melepasi halangan kami," katanya.