Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sedang mempertimbangkan permohonan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menjulang piala Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020, Ahad ini selepas mengesahkan status juara biarpun saingan musim ini masih berbaki dua perlawanan.
UniKL berhasrat mengambil pendekatan itu ketika berdepan Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Ia bakal menjadi pendekatan berbeza kerana kebiasaannya KHM akan menyampaikan kesemua trofi pada hari terakhir saingan tempatan, iaitu sejurus Piala TNB.
UniKL sememangnya berhak meraih kejayaan itu bagi mempertahankan kejuaraan yang dilakar musim lalu biarpun selepas membelasah NurInsafi 9-1 di Bangi, semalam.
Kedudukan 21 calon bagi merebut jawatan jurulatih wanita kebangsaan juga akan dikongsi dalam Nadi Arena seterusnya
Editor: Shaiful Shamsudin