"UniKL akan turun sebagai pasukan pilihan dan lebih tertekan," kata penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari, menjelang pertemuan dengan pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM) itu petang esok.
Pemain berusia 29 tahun itu menambah UniKL juga akan terasa bahang berdepan THT di Kuala Terengganu dan situasi itu akan digunakan pasukannya untuk mengutip mata penuh.
Justeru, sokongan padu penyokong tuan rumah ditagih penyerang prolifik itu dalam misi mencari kemenangan keenam musim ini.
"UniKL masih pasukan gergasi dan saya menjangkakan aksi sengit.
"Mereka enam mata meninggalkan THT. Kami tidak tertekan, sebenarnya mereka yang lebih rasa tekanan itu," katanya.
Selain itu, Faizal turut memasang misi peribadi untuk menambah koleksi sembilan golnya setakat ini, termasuk dua gol ketika THT tumpas 2-3 kepada UniKL dalam aksi pembukaan.
Penyerang kebangsaan itu kemudian terus mencetak gol buat THT dalam setiap perlawanan sebelum gagal berbuat demikian ketika menewaskan Maybank semalam.
"Saya tahu kelebihan saya sebagai penjaring gol dan akan berusaha untuk meneruskan rentak jaringan.
"Segala kepakaran dan kudrat saya akan terus dikerah untuk mengalahkan UniKL," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa