Skip to main content

Hoki

LHM: Bovendeert tetap hormati UiTM

roel.jpg
Penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Roel Bovendeert, tetap menghormati Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila berentap dalam Liga Hoki Malaysia (LHM), Jumaat ini walaupun pasukan bukan pilihan itu dibelasah dalam pusingan pertama.

UniKL membelasah UiTM 7-0 dalam pusingan pertama liga tiga minggu lalu.

Sejak itu, UiTM mempamer kebangkitan, terutama dengan mengejutkan Maybank 2-1 semalam, sekali gus menjadi amaran buat lawan mereka.

"Kami hanya perlu meningkatkan tumpuan dan tergugat di sebalik kekalahan dalam satu perlawanan. Kami perlu kekal fokus sehingga tamat musim dan ia adalah perkara paling penting buat masa ini," kata Bovendeert.

UniKL semakin hampir mempertahankan kejuaraan liga, dengan skuad kendalian Arul Selvaraj itu perlu menang empat daripada lima baki perlawanan untuk memastikan mereka bergelar juara.

"Berdasarkan situasi dan jaringan bagi baki perlawanan nanti, setiap pertukaran akan dilakukan mengikut kepada situasi dan kedudukan jaringan," kata Arul.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found