Ketua jurulatih Maybank, Azrul Affendy Bistaman, masih belum berpuas hati walaupun anak buahnya meraih kemenangan 3-2 ke atas Hockademy KL di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini dan semakin hampir untuk merampas tangga ketiga Liga Hoki Malaysia (LHM).
Maybank terpaksa berhempas-pulas untuk meraih tiga mata berharga itu.
Ketiadaan penyerang, Mohd Haziq Shamsul, dan kapten, Hafifihafiz Hanafi, ekoran kecederaan memberikan kesan terhadap jentera serangan pasukan itu.
Apa yang lebih mengecewakan, mereka kehilangan rentak selepas waktu rehat dan terpaksa berhempas-pulas untuk meraih kemenangan kelima itu.
"Ia satu perlawanan yang sukar, kami mendahului 2-0 dan kemudian mengambil mudah sehingga memberikan Hockademy dua gol disebabkan kesilapan pemain pertahanan saya," katanya.
Jurulatih Hockademy, S. Selvaraju, pula berkata: "Saya ada 12 pemain muda selain beberapa pemain yang bekerja dan akan terlepas sesi latihan.
"Apa yang penting, mereka telah memberikan segala-galanya dan saya tidak boleh mengharapkan lebih daripada itu."
Editor: Muzaffar Musa