Skip to main content

Sukan Lain

Legenda hoki raih gelaran kedua sukan pickleball

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mirnawan-nawawi.jpg
Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, yang beralih angin kepada sukan pickleball sejak Mei 2023 bukan biasa-biasa apabila meraih dua gelaran dalam tempoh tiga bulan.

Bekas kapten pasukan hoki negara itu menjuarai kategori beregu lelaki Cabaran Beregu Gatorade–SportsUnite–Pickle Unite di Pickleball Playground, Padang Jawa, Shah Alam baru-baru ini.

Gandingannya dengan Dennis Sek yang mewakili Team ASPAC X PBP mengungguli kategori itu selepas menumpaskan Team ASPAC yang diwakili Nabil Fikri Hairi dan Jay Jay Denis 15-14, 15-11 dalam aksi final yang mendebarkan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan, Dennis atas usaha gigihnya sehingga kami bergelar juara.

“Benarlah ramai orang kata, sukan satu cara bagi menyatukan warga berbilang kaum dan syabas kepada SportsUnite yang berjaya mencapai matlamat penganjuran PickleUnite ini.

“Teruskan kejohanan yang bertemakan muhibah ini pada masa hadapan. Saya pasti kesemua 60 pasukan dalam Cabaran Beregu Gatorade–SportsUnite–Pickle

Unite ini juga berkongsi perasaan sama pada kejohanan yang unik ini,” katanya.

Sebagai rekod, gelaran pertama Mirnawan juga dengan ASPAC ialah pada Cabaran Muhibah Berpasukan PickleUnite SportsUnite 2025 di Gelanggang PickleJam, Kepong, Kuala Lumpur Februari lalu.

Mirnawan yang juga terkenal dengan julukan 'The Boss ketika itu menyertai beregu campuran ASPAC bersama Lim Ju En.-Sinar

Advertisement

Must Watch Video