Skip to main content

Bola Keranjang

Lebron sedia pimpin Lakers pertahan kejuaraan

lebron.jpg
Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, berkata dia telah berehat dan bersedia untuk memimpin pasukan mempertahankan kejuaraan dalam separuh kedua musim NBA.

James dan juara bertahan kembali bertemu Indiana Pacers esok selepas rehat saingan All-Star.

Pemain veteran Lakers, James berada di Atlanta bagi Perlawanan All-Star, beraksi selama 13 minit ketika Team LeBron mengatasi Team Durant 170-150.

Selepas tidak beraksi dalam perlawanan terakhir sebelum rehat -- kekalahan 123-120 ke atas Sacramento Kings 3 Mac lalu -- James kembali cergas dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan bersama Lakers.

"Sudah tiba masa untuk membuat persiapan hingga penghujung saingan," katanya.
 

The Lakers (24-13) menuju ke perlawanan bertemu Pacers selepas dua kekalahan berturut-turut, menyaksikan James dan rakan sepasukan kini di tangga ketiga Western Conference di belakang pendahulu NBA, Utah Jazz (27-9) dan Phoenix Suns (24-11).

Dalam musim ke-18, James secara purata memungut 25.8 mata, 8.0 rebound dan 7.8 assist setiap perlawanan buat Lakers.

The Lakers menerima kunjungan Pacers ke Staples Center di Los Angeles tanpa bintang Anthony Davis.

Davis kekal diketepikan dengan masalah tendinosis serta kecederaan betis dan tidak beraksi sejak 14 Februari.
 

Advertisement

Must Watch Video