Pemain ragbi negara, Lawrence Petrus, terus mengembangkan kariernya di bumi Australia, terbaru mengikat kontrak setahun bersama Kelab Ragbi University of Queensland atau nama jolokannya, Red Heavies.
Namun sepanjang tiga tahun di bumi asing, Lawrence bukan sahaja berjaya meningkatkan gaya permainannya, namun turut berjaya memupuk minat baru dengan berjinak-jinak untuk bertanam dan semua itu dilakukan di belakang rumahnya di Brisbane.
"Musim lalu saya tidak dapat menampilkan prestasi terbaik kerana mengalami kecederaan," kata Lawrence.
"Ini merupakan saat terbaik untuk keluar daripada zon selesa dan membuktikan kemampuan sebenarnya saya. Kelab ini merupakan peluang terbaik buat saya mengembangkan lagi kemampuan saya."