Atlet lawan pedang, Joshua Koh, mengakui jurang Malaysia di peringkat Asia masih terlalu jauh setelah dia menjadi atlet tunggal negara dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang yang mara ke pusingan 16.
Joshua yang merupakan atlet paling berpengalaman akur masih banyak perlu dilakukan jika mahu melihat skuad lawan pedang negara mampu mencabar di peringkat Asia.
Jelasnya, pengalaman jelas menjadi pemisah kepada ramai atlet muda yang kesemuanya terkandas di peringkat awal.
Namun, dia masih optimis masih ada sinar buat pasukan negara dalam sukan lawan pedang pada masa depan jika pendedahan diberi secara konsisten.
"Dibandingkan dengan pasukan gergasi seperti Jepun dan Korea Selatan, kita ketinggalan jauh.
"Saya harap kita melahirkan lebih ramai lagi atlet lawan pedang dan berkualiti.
"Ramai atlet berpengalaman negara yang sudah bersara dan kehilangan mereka meninggalkan jurang yang besar," ujarnya.
Buat Joshua, dia masih belum mengibar bendera putih untuk terus mewakili negara, terutama dalam Sukan SEA Filipina 2019, cuma untuk Sukan Asia, dia belum pasti.
"Saya perlu sesuatu untuk menghadapi Sukan SEA tetapi untuk Sukan Asia saya tidak pasti kerana ia masih jauh lagi," katanya lagi.