Atlet lawan pedang negara, Joshua Koh, membutirkan pingat gangsa buat Malaysia dalam aksi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.
Dia, yang beraksi bagi kategori epee lelaki, menundukkan cabaran lawan dari Indonesia, Indra Jaya Kusuma, sekaligus mengesahkan kedudukannya dalam kelompok tiga terbaik.
Dalam saingan separuh akhir, Joshua tewas di tangan peserta Thailand, Panthawit Chamcharern.
"Pada permulaan perlawanan saya gagal memberikan yang terbaik. saya tidak dapat menyesuaikan diri di awal permainan dan tewas ketika bertemu Panthawit," kata Joshua.
Indra sebelum ini menewaskan seorang lagi wakil negara, Roslan Mohamad, di suku akhir dan atlet lawan pedang negara itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya gagal meraih pingat buat Malaysia.
"saya berpuas hati tetapi kecewa kerana gagal menghadiahkan emas buat malaysia," kata Roslan.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.