Skip to main content

Sukan Lain

Latihan di China bakal perkemas terjunan atlet negara

dhabitah-terjun.jpg
Jurulatih terjun negara, Christian Brooker, merancang program latihan khas di China untuk membantu penerjun negara, terutama pemenang pingat gangsa Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2019, Nur Dhabitah Sabri, untuk memburu podium dalam Kejohanan Dunia di Gwangju, Julai depan.

Skuad terjun negara berdepan cabaran hebat untuk meraih pingat dalam Kejohanan Dunia 2019.

Tidak banyak kejayaan yang diraih pasukan negara setakat tahun ini dengan yang terbaru, Dhabitah menghadiahkan gangsa menerusi acara 3m papan anjal individu di London, awal pagi tadi. 

Penerjun berusia 20 tahun itu mencatat 344.40 mata untuk emas menjadi milik Maddison Keyney dari Autralia sementara Jennifer Abel dari Kanada meraih perak. 

Sehubungan itu, Brooker merancang program latihan khas di China awal bulan depan untuk meningkatkan darjah kesukaran terjunan wakil negara.

"Aksi final sangat mencabar tetapi setiap penerjun negara berupaya mencabar medal. 

"Mereka tenang untuk menyudahkan saingan dengan pencapaian yang baik," ulas Brooker dengan skuad negara dijadual tiba ke tanah air, esok.

Dhabitah menyimpulkan kejayaannya merupakan pencapaian yang luar biasa dengan berkata: "Pencabar saya merupakan penerjun yang mantap.

"Saya tidak nafikan untuk menaiki podium adalah satu pencapaian yang di luar jangkaan kami, apatah lagi saya kurang berlatih untuk acara 3m papan anjal." 

Ia merupakan pingat tunggal skuad terjun negara dalam kempen Siri Dunia FINA tahun ini. 

Malaysia memiliki beberapa penerjun dalam kelompok 50 terbaik dunia, dengan Dhabitah mengisi tangga ke-44, satu anak tangga lebih baik berbanding Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal wanita selain Kimberly Bong.

Advertisement

Must Watch Video