Jurulatih lompat jauh para negara, Syahrul Amri Suhaimi, mengakui anak didiknya, Abdul Latif Romly, berada di landasan terbaik untuk mempertahankan pingat emas Sukan Para Asia di Jakarta bulan depan selepas cemerlang dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.
Latif menepati ramalan apabila mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki dalam Sukma Perak.
Juara lompat jauh Paralimpik Rio 2016 itu menampilkan aksi mantap seminggu selepas pulih daripada kecederaan buku lali.
Walaupun lompatan 7.46 meter jauh daripada catatan terbaik peribadinya 7.85m, ia tetap memberi petanda positif menjelang Sukan Para Asia.
"Kami meletakkan sasaran untuk Latif meraih emas dalam Sukma dan kini dia berada di landasan untuk meraih kejayaan di Jakarta," kata Syahrul.
Atlet kelahiran Perlis berusia 21 tahun itu kembali berlatih hari ini dan tumpuannya kini adalah mengelak daripada sebarang kecederaan.
Ia bagi memastikan dirinya kekal berada dalam keadaan terbaik untuk misi memecahkan rekod acara lompat jauh T20 di Jakarta nanti.
"Sasaran saya adalah mempertahankan pingat emas dalam Sukan Para Asia, sekali gus memperbaharui rekod terbaik saya," kata Latif.