Singapura akan menjadi venue ke-10 dan terakhir bagi Larian Baton Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017 sebelum ia akan kembali ke tanah air dan bertukar menjadi Larian Obor mengelilingi seluruh negara sebagai menghangatkan lagi temasya Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Larian yang bermula di Brunei pada 5 Mac lalu akan berakhir di Singapura esok dan sebagai venue terakhir, tuan rumah akan memastikan kesinambungan kemeriahan acara itu dengan menyediakan laluan sejauh 15.65km meliputi beberapa kawasan ikonik.
Selain itu, beberapa atlet berprofil tinggi dari Kota Singa juga akan memeriahkan lagi larian itu seperti bekas pemain bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, dan pelari pecut sensasi, Veronica Shanti.
Turut akan bersama-sama dalam Larian Baton esok adalah wakil daripada delegasi Malaysia yang akan diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Singapura akan menampilkan pelari di mana mereka yang akan ditonjolkan esok merupakan mereka yang pernah meraih kejayaan di peringkat antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
"Salah seorang pelari yang turut bersama ialah Fandi Ahmad," kata Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abd Kadir Nik Mohammad.
Antara keunikan yang ditampilkan dalam larian itu juga bakal menyaksikan pertukaran baton dari Singapura ke Malaysia melalui tren Keretapi Tanah Melayu (KTM).
"Esok juga akan bermulanya Larian Obor Sukan SEA 2017, istimewanya Larian Baton esok, ia akan dibawa menaiki keretapi ke Johor Sentral, Johor Bahru," tambahnya.