Skip to main content

Sukan

Larian 3KM, pelbagai aktiviti interaktif tarikan Hari Sarapan Milo 2025 di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarapan.jpg
Program Gaya Hidup Sihat terbesar Milo iaitu Hari Sarapan Milo 2025 bakal singgah di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu esok dengan penganjuran pelbagai aktiviti interaktif termasuk larian 3km (kilometer) sebagai acara utama.

Ribuan peserta dijangkakan bakal memeriahkan acara ini yang akan melibatkan kategori individu dan berpasukan untuk merasai pengalaman berlari dengan suasana unik berlatarkan ikon mercu tanda Terengganu.

Walaupun hanya acara larian santai, peserta acara ini beranggapan ianya pendekatan terbaik dalam menggalakkan orang ramai beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.






"Saya mahu merasai keseronokan pengalaman Hari Sarapan Milo selain untuk kesihatan dalam berlari, saya seorang pelari sebelum ini jadi saya mahu merasai seronokan itu kembali," kata peserta larian 3KM Hari Sarapan Milo, Tat Seng Chew.

Penganjuran Hari Sarapan Milo 2025 Terengganu itu dijangkakan akana mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk tempatan.

Ini susulan rata-rata pengunjung menyifatkan ia adalah platform terbaik buat orang ramai meluangkan masa pada hujung minggu dengan aktiviti beriadah serta membuka peluang peningkatan ekonomi buat peniaga lokal.

Usaha itu menekankan kepentingan permulaan harian yang aktif dan berkhasiat yang secara tidak langsung mengangkat imej venue acara iaitu Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu sebagai lokasi tumpuan pelancong.

"Pendapat saya ia sangat menarik, orang yang lalu juga tertarik dengan Milo. Pada pandangan saya menarik kerana ada aktiviti seperti ini." tambah penduduk setempat, Shahril Azim.

Advertisement

Must Watch Video