Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pertandingan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Datuk Musa Omar, mengesahkan Lapang Sasar Subang mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi selepas ditutup sembilan bulan lalu ekoran kes jenayah.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi lampu hijau untuk Lapang Sasar Subang beroperasi selepas lulus empat siri pemeriksaan.
Venue latihan skuad kebangsaan ini ditutup September tahun lalu selepas seorang remaja membunuh diri menggunakan senjata api.
Sejak itu, NSAM diarah menaik taraf sistem keselamatan venue itu hingga menelan kos ratusan ribu ringgit.
"Kami telah mendapatkan lampu hijau untuk memastikan Lapang Sasar Subang kembali beroperasi sejak ditutup September tahun lalu," kata Musa.
Sepanjang penutupan Lapang Sasar Subang, penembak acara pistol dan rifle berlatih di Bukit Jalil sementara penembak shotgun terpaksa memilih sama ada di Johor atau Pulau Pinang.
Ujian pertama di venue itu ialah Kejohanan Menembak Selangor, bulan depan.