Skip to main content

Hoki

Lapan pemain Oltmans perkuat skuad remaja

oltmans.jpg
Jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, memberi pelepasan kepada lapan pemain untuk menyertai kem latihan skuad remaja kebangsaan menjelang misi penting -- kelayakan Piala Dunia Remaja di Dhaka, Bangladesh, Jun ini.

Lapan pemain perlu fokus terhadap sesi latihan kebangsaan menjelang Piala Remaja Asia di Dhaka.

Aksi di Dhaka penting kerana hanya empat pasukan terbaik akan layak ke Piala Dunia Remaja 2021.

Dalam kalangan lapan pemain tersebut, hanya pertahanan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Muhammad Amirul Hanif Mamat tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Hoki Remaja, bermula 25 Mac ini untuk fokus kepada tugas bersama skuad remaja negara.

"Mereka yang beraksi dalam Kejohanan Remaja Asia tidak akan bersama skuad kebangsaan kerana perlu membantu Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja," kata Oltmans.

Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2020 bakal menyaksikan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) akan sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan liga.

Namun, ada pasukan yang perlu menggunakan peluang ini untuk menamatkan kemarau trofi.

Advertisement

Must Watch Video