Melihat kepada peningkatan sambutan terhadap sukan ragbi, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) merancang untuk membida penganjuran Kejohanan Piala Dunia Ragbi 7's pada 2022.
KRM bakal memulakan proses bidaan pada Oktober depan di Dublin, Republik Ireland, bersama-sama 12 negara, termasuk Qatar.
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, optimis badan induk itu mampu menganjurkan kejohanan bertaraf dunia berlandaskan pencapaian negara menganjurkan temasya sukan seperti Sukan Komanwel 1998 selain beberapa kali muncul tuan rumah Sukan SEA.
"Kita mempunyai infrastruktur yang sudah sedia ada. Selain itu, kita mempunyai ekosistem kerana berpengalaman menganjurkan kejohanan bertaraf dunia dan serantau," katanya.
Namun, Shahrul Zaman menegaskan proses bidaan Malaysia mungkin akan menerima tentangan daripada Qatar disebabkan kekuatan kewangan negara tersebut.
"Qatar nampak bersungguh-sungguh dan mereka mempunyai kekuatan kewangan yang hebat.
"Namun, kalau KRM dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan dan sektor korporat, kita boleh melakukan sesuatu," tambahnya.
Selain itu, KRM juga telah memulakan perancangan dalam misi memastikan skuad ragbi 15 sepasukan negara layak ke Piala Dunia Ragbi 2031 berikutan peningkatan prestasi skuad Bunga Raya dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2019.