Skip to main content

Sukan Lain

KRM cadang dua venue sesuai untuk stadium ragbi pertama Malaysia

21517shahrulzaman.jpg
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sudah mencadangkan dua venue paling sesuai untuk membina stadium ragbi pertama negara, dengan presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahya, menyerahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat pengumuman.

Kejayaan Malaysia mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen 1 2017 mengukuhkan lagi peluang mereka untuk mendapat stadium pertama.

KRM sudah mencadangkan dua venue paling sesuai, namun enggan mendedahkan lokasinya.

"Pada masa ini, kami sudah memiliki dua venue yang sesuai untuk dipilih bagi membina stadium ragbi pertama negara. Saya berharap komuniti sukan ragbi bersabar menantikan keputusan ini," katanya.

Malaysia menumbangkan Sri Lanka 22-9 dalam final di Ipoh, sekali gus melayakkan diri ke Liga Perdana Asia tahun hadapan yang juga kelayakan Piala Dunia 2019.

Skuad kendalian Lee Nyuk Fah itu perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan bagi mencipta keajaiban layak ke Piala Dunia buat kali pertama.

Advertisement

Must Watch Video