Skip to main content

Sukan Lain

Kris Dayanti: Dari arena nyanyian ke gelanggang wushu!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kris-dayanti.jpeg
"Yang selalu kuinginkan, yang selalu kunanti
Kaucoba untuk mengerti, apalah arti mencinta
Dan harus kausadari bila ingin bersamaku
Jangan coba kauingkari, cobalah untuk setia!"


Itulah bait-bait lirik lagu terkenal, diva Indonesia -- Kris Dayanti yang sudahpun menginjak ke usia 50 tahun.

Selepas mengecap kejayaan menakjubkan dalam arena seni suara, Kris Dayanti tidak ketinggalan mencuba kemampuan dalam dunia politik. Namun figura yang cukup terkenal dengan aneka lagu hits seperti Menghitung Hari dan duet hebat bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza ini terus bernafsu dalam aktifkan diri dengan aktiviti sihat.

Mula berjinak-berjinak dalam sukan wushu, fokus Kris Dayanti yang mesra disapa KD ini terus berubah 360 darjah! Daripada hobi di waktu lapang - kini wushu jadi pentas penting dalam hidup beliau apabila dia bakal bertanding dalam pertandingan antarabangsa wushu di China.

Gigih jalani latihan saat akhir, pengumumam penyertaan diva cantik kelahiran Jawa Timur ini dalam pentas antarabangsa ini dilakukan menerusi muat naik di laman instagram peribadinya dengan kapsyen - "Doakan Indonesia juara, jiayou!!" 

KD bakal bertarung bersama kontinjen Indonesia dalam kejohanan yang berlangsung di Emeishan pada 14 hingga 20 oktober.

Good luck KD! anda bukti "Diva masih SLAYYYY'!
Snacks

Snek Sihat Untuk Semua

Snek Heal’s Protein Puffs ni untuk korang yang suka snek tapi nak kekal sihat.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video