Skuad wanita negara menempah tempah tiket ke suku akhir Piala Perdana Kriket ACC bertemu Jepun selepas mencatat kelebihan 126 larian kategori T20I.
Malaysia melakar 188 larian dalam 20 over hari ini sementara Bahrain pula hanya mampu lakukan 62 larian.
Di bawah cuaca panas terik, Malaysia menyingkirkan kesemua pemukul bahrain dalam 17 over.
188 larian yang dicatat hari ini merupakan jumlah larian tertinggi oleh skuad wanita negara bagi kategori T20I.
"Setiap pemain bertungkus-lumus dalam ketiga-tiga perlawanan ini dan saya harap ia dapat diteruskan rentak seperti ini," kata kapten skuad wanita, Winifred Anne Duraisingam.
Dalam pada itu, penampilan cemerlang dua wakil negara, Mas Elysa Yasmin Zulkifli, membuat 66 larian 'not out' selain Elsa Hunter memukul sebanyak 68 larian.
"Pemain Malaysia kebanyakannya dapat kekal sekurang-kurangnya 10 over," kata penolong kapten skuad negara itu.
Pembaling bola, Mizatti Ismail, mendapatkan lima wicket dengan 11 larian dalam empat over selain merangkul hatrik pertama untuk skuad Malaysia, sekali gus dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.
"Ramai pemain berbakat dalam pasukan negara, saya harap mereka dapat meneruskan rentak seperti ini," kata ketua jurulatih kriket wanita, Thushara Kodikara.