Kolaborasi dan usaha sama di antara AHM Motor Sports dan KM Racing Lube sejak 10 tahun lalu adalah pertaruhan yang dibuat dalam perlumbaan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2026.
"Kami dapat melakukan perubahan yang membolehkan sesebuah produk itu memenangi perlumbaan.
"Anda boleh mencapai tunggangan yang jauh, selepas 5,000km penggunaan pun produk ini masih nampak jernih," kata Ketua Pegawai Eksekutif AHM Motor Sports, William Chua.
Kelainan daripada segi enjin jentera yang diguna pakai sebelum ini menyaksikan perubahan daripada Y15 ke Y16 sebagai usaha untuk meletakkan AHM Motor Sport melewati perubahan kualiti jentera.
"Kami telah mencipta pelincir yang mampu memacu jentera ke arah kemenangan dan tahan lasak.
"Kami meraih podium -- tempat kedua -- selepas penggunaan KM Racing Lube.
"Ia menambah kuasa kuda dan torque yang sesuai di litar seperti di Sepang yang bergantung kepada kelajuan.
"Ia amat mustahak dan KM Racing Lube memenuhi segala kriteria. pencapaian podium kami di Sepang adalah berpunca daripada KM Racing Lube, lebih-lebih di litar antarabangsa.
"Jadi pusingan kesembilan di Sepang kelak akan sekali lagi akan memberikan kami kelebihan," kata Pengarah Urusan KM Racing Lube, Cheah Kai Kooi.