Skip to main content

Sukan Lain

Koronavirus: Skuad terjun mungkin hanya berlatih di Malaysia

terjun-mun-yee.jpg
Jurulatih skuad terjun negara, Li Rui, tidak menolak kemungkinan untuk anak buahnya sekadar berlatih di Malaysia menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan seandainya wabak koronavirus di China masih tidak terkawal.

Skuad terjun negara kerap berlatih di China sebagai program latihan khas untuk menghadapi Sukan Olimpik.

Ia satu amalan sejak edisi di Beijing pada 2008.

Begitupun, persiapan ke temasya kali ini mungkin berbeza memandangkan masih tiada jaminan untuk wabak itu reda dalam masa terdekat.

"Kami pulang awal kerana penularan virus itu makin serius di China. 

"Tiada perancangan untuk kami kembali ke sana dalam masa terdekat tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa," katanya

Hanya tiga penerjun berlatih di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Lima penerjun negara, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Wendy Ng, Kimberly Bong dan Enrique Harold, pulang lebih awal daripada program latihan di China.

Mereka tiba di tanah air dan menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) kelmarin.

Keputusan penuh ujian kesihatan itu akan diketahui dalam 13 hari lagi.

"Di Malaysia tidak seperti di China. Di sana kami tidak boleh keluar," kata Mun Yee.

"Di sini lebih bebas tetapi kami cuma perlu berhati-hati dan tidak ke tempat yang ramai orang untuk beberapa hari ini.

"Sebenarnya, perancangan kami pulang ke sini adalah untuk memperbaharui visa.

"Tetapi memandangkan sudah tidak jadi kembali ke China, saya tidak tahu perancangan selepas ini," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found