Di sebalik pelbagai spekulasi negatif membabitkan Institut Sukan Negara (ISN) dan Proram Podium, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi, tampil menjelaskan segala perancangan berjalan lancar demi kecemerlangan sukan negara.
Beliau menepis dakwaan yang mengatakan terdapat kepincangan dalam ISN demi kepentingan peribadi, sebaliknya menegaskan segala pengurusan termasuk program sukan termahal itu berjalan seperti yang dirancang.
Jelasnya, tiada sebarang masalah atau perkara serius yang boleh dijadikan isu besar kerana ISN dan Program Podium selama ini berjaya menyumbang hasil bersandarkan kepada pencapaian atlet.
"Sekiranya sekadar untuk menjawab isu yang tidak berteraskan apa-apa fakta yang kukuh, sememangnya saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa respons.
"Daripada segi kredibiliti ISN, saya tidak boleh komen kerana buat masa ini kami tiada fakta bagi menjawab apa yang dilaporkan" ujarnya.
Selepas kes saman oleh tiga penembak negara sebelum ini, ISN sekali lagi dipalit dengan isu 80 kakitangan mereka yang tidak disambung kontrak bakal melakukan perkara sama.
Sehubungan itu, Khairi enggan mengambil kisah perkara seumpama itu yang jelas tidak memberi kebaikan kepada pihaknya.
"Saya mewakili salah sebuah institusi sukan. Bagi saya, tiada apa untuk respons. Untuk kes yang disebutkan, mengatakan kakitangan yang tidak disambung kontrak, saya tidak menganggap ia berita yang penting dalam sukan.
"Kontrak tamat dan ia tidak disambung, ia proses biasa dalam man-mana organisasi," katanya lagi.
Pada Oktober lalu, tiga atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi, memfailkan saman bagi membersihkan nama mereka di Mahkamah Kuala Lumpur.
Ia merujuk kepada kes tuntutan kerana digugurkan mengikut cara yang salah dan menyalahi perjanjian yang sepatutnya.
Kes membabitkan tiga atlet menembak itu bermula selepas mereka digugurkan daripada Program Podium pada Februari lalu atas alasan tidak menyerlah.