Sasaran pingat emas Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019 akan diumumkan bulan depan, dengan chef-de-mission (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata kontinjen negara dijangka mampu menamatkan cabaran dalam kelompok tiga terbaik.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hanya menunggu keputusan petanque untuk mengumpul data mengenai sasaran pingat kontinjen negara.
Status sukan itu terpaksa ditangguhkan ekoran masalah dalaman persatuan, namun atlet mereka boleh bertanding atas tiket MOM.
Jika masalah itu selesai, Megat Zulkarnain menjangkakan sasaran emas Malaysia boleh diumumkan bulan depan.
"Ia akan dilakukan dalam masa terdekat. Kami tidak mahu terlampau yakin. Saya telah melihat nama atlet. Apa yang penting adalah nama atlet yang telah dikemukakan oleh persatuan sukan kebangsaan. Kami juga tidak mahu mereka menghantar pasukan kedua atau pelapis," katanya.
Malaysia dijangka tidak dapat mempertahankan kedudukan juara keseluruhan yang dimenangi dalam edisi sebelum ini di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Malah, kem kebangsaan hilang 70 emas sebelum temasya bermula ekoran ketiadaan acara dipertandingkan.
"Prestasi negara lain dalam Asia Tenggara juga meningkat. Jadi, jika sasaran terlalu tinggi diletakkan, saya khuatir ia tidak dapat dicapai oleh atlet."
Sementara itu, penerjun yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wendy Ng Yan Yee, akan mengetuai misi skuad terjun negara menyapu bersih empat emas yang akan dipertandingkan di Manila nanti.
Tuan rumah hanya mempertandingkan acara 3 meter papan anjal, sekali gus menyaksikan Malaysia hilang lapan emas daripada acara terjun.
"Sukan SEA juga istimewa buat saya. Diharapkan semua dapat tampil dengan aksi terbaik. Kami perlu yakin, namun dalam masa sama harus berlatih dengan lebih gigih. Semua bekerja keras untuknya. Kami akan cuba yang terbaik," ujar Yan Yee.
Renang turut menyasarkan empat emas, kurang satu berbanding pencapaian dua tahun lalu tatkala sandaran pasti diletakkan di bahu perenang bertaraf Olimpik, Welson Sim, yang berlatih di Australia.
"Sudah pasti. Ia sudah ditetapkan sebelum saya sampai ke sini. Ia tidak seperti yang dilihat. Kami akan cuba untuk merapatkan jurang yang ada bagi tempoh sekarang sehingga November depan," kata ketua jurulatih renang kebangsaan, Chris Martin.
Skuad olahraga pula dijangka tiada masalah untuk mencapai sasaran lima emas, terutama dengan kehadiran atlet acara padang seperti Nauraj Singh (lompat tinggi), Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Jackie Wong (baling tukul besi).