Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih menanti kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan khidmat jurulatih pecut dari Amerika Syarikat, Dwayne Miller, dalam mempersiapkan kontinjen menjelang Sukan SEA 2019 di Filipina.
Presidennya, Datuk S.M. Muthu, menyifatkan kepakaran Miller ditagih dalam usaha meningkatkan mutu prestasi atlet kebangsaan, terutama dalam acara pecut, lompat jauh dan lompat kijang.
Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Majlis KOM hari ini berkata berdasarkan perancangan awal, Miller dijangka tiba bulan depan dan mengendalikan latihan intensif selama tiga bulan, namun difahamkan Miller masih menunggu kontrak dikeluarkan MSN.
"Memang kami mahu mempertahankan lapan pingat emas dalam edisi lalu dan kami juga mengharap untuk mendapatkan lebih lagi. Untuk itu, seperti semua maklum, kemungkinan besar kami akan dapatkan jurulatih dari Amerika tetapi sehingga kini masih menunggu kelulusan MSN.
"Kehadiran Miller dalam tempoh tiga bulan menjelang Sukan SEA ini bertujuan untuk menggilap potensi atlet bagi mencapai kemuncak prestasi. Sudah tentu barisan atlet akan mendapat input baharu, sekali gus meniupkan semangat untuk meraih kejayaan," katanya.
Untuk rekod, Miller pernah membantu pelari pecut Amerika Syarikat, LaShawn Merritt, merangkul dua emas dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing dalam acara 400m dan 4x100m dengan mencatat rekod Olimpik.
Miller juga pernah meraih anugerah ‘Nike Coach of the Year’ daripada badan induk olahraga Amerika Syarikat, USA Track and Field, pada 2008.
Sementara itu, Muthu berkata sasaran pingat spesifik hanya akan diumumkan selepas tamat Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung dari 16 sehingga 18 Ogos ini.
"Kami ada lebih kurang 56 nama dalam senarai awal dan sehingga kini hanya 19 atlet telah layak secara merit. Kami akan muktamadkan jumlah sasaran pingat dan saiz kontinjen yang akan dibawa ke sana selepas tamat Terbuka Malaysia," tambah beliau.
Antara atlet yang telah layak adalah dua jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei, Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar), Jackie Wong (baling tukul besi) dan jaguh pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.
Pemenang pingat emas 100m edisi 2017 yang juga pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, sehingga kini gagal mencatat masa terbaik untuk menempah slot di Filipina.
-- BERNAMA