Pimpinan baru Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak terjejas dengan pertikaian yang ditimbulkan oleh pemerhati bebas, Datuk Mohd Musa Noor Mohd, berhubung proses pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) 2019-2022, Ahad lalu.
Presiden KOM, Datuk S.M. Muthu, berkata selepas mendapat mandat, badan itu hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam hal berkenaan sukan olahraga serta persediaan ke Sukan SEA akan datang.
"Itu hak dia, itu masalah dia. Sudah menjadi adat pertandingan, mesti ada kalah dan menang. Kalau ada yang kalah, mesti ada pihak yang tidak berpuas hati, maka terbangkitlah isu-isu seperti ini," katanya kepada pemberita di Pejabat KOM di Wisma OCM, hari ini.
Menurut Muthu, Mohd Musa yang juga bekas pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia (HPTC) hanya seorang pemerhati bebas dan bukan dalam kalangan delegasi dalam AGM, Ahad lalu.
Beliau berharap kontroversi yang timbul selepas AGM itu tidak mencemarkan imej KOM dan memberi peluang kepada pimpinan baru menjalankan peranan masing-masing bagi mengangkat martabat sukan olahraga negara.
Ditanya sama ada pertikaian yang timbul selepas selesai pemilihan KOM yang disifatkan berjalan lancar mempunyai unsur sabotaj, Muthu berkata: "Kalau kalah, memanglah itu yang orang akan kaitkan, itu memang kami tidak boleh cakap apa-apa."
"Tidak timbul isu mengatakan pemilihan ini tidak sah dan perlu dibuat semula. Saya rasa MOM memiliki banyak pengalaman dalam membuat pemilihan sebegini dan ia berjalan dengan baik," tambah Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Negeri Johor, Sallehudin Satar.
Sementara itu, Muthu berkata KOM akan mengadakan mesyuarat pertama peringkat pengurusan yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri bersama timbalannya, Datuk Mumtaz Jaafar, dan tiga naib presiden, Jumaat depan.
Antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah fokus utama Sukan SEA di Filipina, dan surat rayuan berhubung pengurangan tempoh hukuman penggantungan bekas jurulatih pecut kebangsaan, Harun Rasheed, yang masih belum dihantar ke Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
"Harun Rasheed adalah cadangan sahaja. Cadangan nama jurulatih tempatan lain masih tidak dapat dikongsikan. Buat masa ini, KOM tidak buat apa-apa perubahan," katanya.
Dalam perkembangan terkini, Mohd Musa telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) hari ini bagi meminta badan berkuasa berkenaan melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
Musa mendakwa AGM KOM tidak sah kerana bekas presiden, Datuk Karim Ibrahim, tidak mengumumkan pembubaran exco sebelum pemilihan dijalankan tatkala dia masih mempengerusikan mesyuarat selepas tamat pemilihan.
Tindakan itu turut mempersoalkan kredibiliti pegawai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menguruskan perjalanan mesyuarat itu.
-- BERNAMA