Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, berdepan risiko tidak dapat menyambung program latihan di Republik Czech selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak berpuas hati dengan hasil pelaburan ke atasnya sejak dua bulan lalu.
Irfan sepatutnya kembali ke Republik Czech selepas gagal layak ke final Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar.
Dia melakukan catatan 55.18 meter dalam tiga lemparan pertama, sekali gus jauh daripada rekod kebangsaan miliknya.
Prestasinya itu gagal menepati jangkaan KOM yang berharap Irfan melakukan sesuatu yang menakjubkan sesuai dengan pelaburan dikeluarkan kerajaan.
"Buat masa ini, peruntukan telah ditetapkan untuk Irfan berlatih di luar negara, namun kami harus menilai semula tempoh dua bulan ini selepas persembahan yang kurang memuaskan dalam Kejohanan Asia," kata ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Majlis Sukan Negara (MSN) menanggung 50 peratus kos latihan Irfan sementara bakinya akan diserahkan sebelum juara Sukan SEA itu berlepas ke negara sama dalam masa terdekat.
Selain Irfan, beberapa atlet lain seperti Nauraj Singh (lompat tinggi) berlatih di Austrialia dan pelari pecut, Jonathan Nyepa serta Zaidatul Husniah Zulkifli, di Amerika Syarikat.