Skip to main content

Sukan Lain

KOM tidak benarkan Karim Ibrahim undi dalam AGM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muthu.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan tidak membenarkan bekas presidennya, Karim Ibrahim untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, 12 Jun ini. 

Mesyuarat kehadiran perwakilan AGM KOM menggariskan lima perkara yang wajib dipatuhi, antaranya seorang wakil perlulah bebas daripada hukuman Persatuan Olahraga Asia atau dunia. 

Sementara itu, Karim menerusi kenyataan media mendakwa Muthu menyalah guna kuasa berhubung tindakan membatalkan kelayakan Nur Hayati merebut jawatan naib presiden KOM. 

Justeru, beliau berharap perwakilan dapat buat keputusan tepat memilih calon paling layak untuk menerajui KOM.

Advertisement

Must Watch Video