Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menyokong pendirian Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa program latihan jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, di Republik Czech perlu dikaji semula selepas dia gagal meraih pingat dalam Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar, bulan lalu.
Irfan gagal ke final kejohanan itu walaupun menjalani latihan di Republik Czech sejak awal tahun ini.
Dia melakukan lemparan 55.18 meter, yang terlalu jauh berbanding rekod kebangsaan miliknya, 62.55m, sekali gus gagal mempertahankan pingat perak yang dimenanginya dalam edisi dua tahun lalu.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu merancang untuk kembali ke Republik Czech dalam masa terdekat, namun tidak mendapat restu daripada MSN ekoran kos yang mencecah puluhan ribu ringgit.
"Pencapaian kita kurang, jadi bukan mudah untuk mendapatkan penaja.
"Irfan sememangnya berbakat dan dia mahu pergi jauh dan apabila dia yakin untuk melakukan sesuatu, biarlah dia pergi.
"Tetapi jika ia melibatkan duit kerajaan, maka kita kena dapatkan keputusan daripada MSN," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Sebelum ini, Nadi Arena melaporkan bahawa Irfan berkeras mahu kembali ke Republik Czech untuk menyertai tiga kejohanan, bermula 28 Mei ini.
Juara bertahan Sukan SEA itu sanggup mengeluarkan kos sendiri jika MSN dan KOM enggan meneruskan program latihannya di sana.
Sementara itu, Karim meminta agar wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama MSN selepas keputusan mengenai jurulatih pecut, Dwayne Miller, masih tergantung.
"Saya mencadangkan agar wakil KBS ada di sana supaya kami dapat memahami apa yang berlaku.
"Kami tidak mahu mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja.
"Kami mahukan perbincangan yang telus.
"Dengan itu, Pihak KBS juga akan mengetahui apa yang sedang berlaku," tambahnya.