Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, mengesahkan jurulatih pecut dari Amerika Syarikat, Dwayne I Miller, akan berkhidmat bersama skuad negara bermula bulan depan.
KOM meneruskan perancangan berkenaan ketika badan induk itu di bawah kepimpinan bekas presiden, Datuk Karim Ibrahim, kerana menganggap ia dapat membantu barisan atlet melakukan persiapan rapi sebelum menghadapi Sukan SEA Filipina 2019, November depan.
Sebelum ini, usaha Miller berjaya membantu pelari pecut Amerika Syarikat, Lashawn Merritt, merangkul dua emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 dalam acara 400 meter dan 4x100 meter sehingga mencatat rekod Olimpik.
"Jika segalanya berjalan lancar, kami akan menunggu surat tawaran daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan berharap Miller dapat mula berkhidmat bulan depan," katanya.
Mumtaz menjelaskan bahawa KOM akan menjaga keutamaan atlet, namun perlu mengadakan perbincangan tentang syarat pembayaran semula kos latihan Nauraj Singh dan Irfan Shamsuddin di luar negara.
Sementara itu, KOM bakal memutuskan nama atlet yang akan menerima 'wildcard' jika tiada yang layak secara automatik ke Kejohanan Dunia, September ini.
"Kami masih belum membincangkan perkara itu. Matlamat utama KOM adalah kebajikan atlet, dengan sasaran yang tinggi diletakkan kepada Nauraj dan Irfan, kami harus menghulurkan bantuan."