Skip to main content

Sukan SEA

KOM perlu adakan perlumbaan pemilihan -- Nazmizan

nazmizan.jpg
Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad, mencadangkan agar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengadakan sesi pemilihan khas untuk atlet negara mengisi slot kedua acara 100m lelaki dalam Sukan SEA Filipina, November depan.

Baginya, perkara itu bukanlah sesuatu yang sukar kerana Malaysia memiliki ramai atlet pecut yang berpotensi.

"Bagi pandangan sayalah, benda ini sepatutnya tidak menjadi masalah besar kerana kita boleh mengadakan pemilihan atlet bagi mengisi slot kedua.

"Kita boleh mengadakan perlumbaan ujian khas untuk mencari slot itu," katanya.

Zulfikar Ismail merupakan pelumba kedua terpantas musim ini di belakang Jonathan Nyepa -- yang sah ke Filipina selaku atlet Kategori A -- dengan catatan tebaik 10.41 saat dalam Grand Prix Olahraga Malaysia, Mac lalu.

Ia menimbulkan tanda tanya terhadap nasib pemenang pingat emas edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz Jantan.

"Jika KOM memutuskan untuk mendaftar (nama) Khairul Hafiz Jantan (sebagai pelumba kedua acara 100 meter), saya rasa itu keputusan yang tidak bijaklah.

"Ia kerana KOM telah meletakkan standard yang begitu tinggi untuk atlet melepasi had kelayakan.

"Kita melihat kepada catatan terbaik tahun ini di mana Zulfikar mencatat 10.41 saat.

"Untuk memberikan kepuasan kepada semua atlet, kita perlu melakukan pemilihan untuk mengisi slot kedua," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video