Skip to main content

Sukan Lain

KOM minta jurulatih kemuka program latihan luar negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

image_2020-12-20_191228.png
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), meminta jurulatih menghantar cadangan program latihan luar negara terutama membabitkan empat atlet, seawal Februari depan. 

Atlet terbabit ialah Mohd Haiqal Hanafi (100 meter), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Andre Anura Anuar (lompat jauh).

Dua lagi atlet iaitu Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera) dan Nauraj Singh (lompat tinggi), sudah berada di Eropah sejak beberapa bulan lalu. 

Majlis KOM berpendapat langkah ini penting, untuk membantu atlet melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo, selepas kerajaan membenarkan penganjuran semula aktiviti sukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) gelembung sukan.

"SOP perlu diikuti dan akan berbincang dengan pihak jurulatih bagi mencari jalan bagi memastikan tahap prestasi atlet dapat dipertingkatkan," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu.
 

Advertisement

Must Watch Video