Skip to main content

Sukan Lain

Klinik Tarian Latin: Chua Zjen gesa semua pihak kerjasama rancakkan program tarian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tarian.jpg
Sambutan menggalakkan dalam edisi pertama Klinik Tarian Latin Peringkat Universiti pada Jun lalu yang menyaksikan ia kembali dianjurkan pada semalam dengan melibatkan hampir 50 penyertaan pelajar daripada pelbagai universiti dalam negara.

Selain bagi menyediakan platform pendedahan kepada bakat baru yang mula menceburi bidang tarian latin, penganjuran klinik ini turut membawa hasrat menambah kelompok penari di Malaysia yang berpotensi mewakili negara.

Menurut jurulatih dance sport negara, Chua Zjen Fong, Persekutuan Sukan Tarian Malaysia juga telah merancang untuk merancakkan lagi program tarian pada masa akan datang.

"KBS mempunyai geran yang bagus walaupun jumlah tidak besar tetapi mencukup bagi membantu kami, saya menyeru persatuan negeri dan kelab boleh berbincang untuk melakukan program ini untuk mencungkil bakat baru," katanya.

Rata-rata peserta klinik yang hadir juga menyambut baik usaha yang digerakkan selain memasang impian untuk melihat sukan tarian menjadi salah satu sukan terkemuka negara.

Sementara itu, beberapa atlet dance sport negara yang turut hadir sebagai pembantu pelatih di klinik tarian itu sempat berkongsi mengenai persiapan mereka menjelang Kejohanan Tarian Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung pada 25 sehingga 27 Julai ini.

Walaupun tidak berjaya memungut sebarang pingat ketika Kejohanan Dance Sport Dunia di Bremen, Jerman baru-baru ini, Bernice Iu tekad memperbaiki prestasinya di Terbuka Malaysia dan mahu memburu slot podium.

"Saya rasa program ini sangat membantu, jurulatih Chua sangat profesional dan berpangalaman yang membantu kami daripada segi Teknik dan asas buat kami," tambah Bernice.

Berbeza pula buat pasangan baru dance sport negara, Ooi Ken Vin- Zoe Tan Yang, yang lebih tertumpu untuk tampil bersaing tanpa sebarang tekanan namun masih mahu sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video