Skip to main content

Sukan Lain

KL Tower Run: Cabaran besar tidak halang tekad Michele Tan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

michele-tan.jpg
Pelari menara wanita negara, Michele Tan, mengakui mengalami cabaran besar menjelang penampilannya yang ke-15 dalam saingan KL Tower Run International Challenge 2025 di Menara Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Michele mengakui perlu membahagikan masa di antara keluarga, pelajaran, kerja, waktu rehat dan berlatih.

Selain itu, dia turut mengakui sedang bergelut dengan kecederaan paha tetapi ia tidak menghalang tekadnya untuk terus menjadi pelari menara wanita terbaik negara.

"Ketika ini latihan saya hanyalah untuk mengekalkan rentak kerana saya masih sedang membahagikan masa di antara keluarga, pelajaran, kerja, tidur dan berlatih," katanya ketika dijemput sebagai tetamu jemputan Nadi Arena sebentar tadi.

"Saya juga perlu menguruskan kecederaan, jadi buat masa ini, ia hanya latihan seperti itu.

"Tetapi saya yakin akan sekali lagi menjadi pelari wanita terbaik negara memandangkan saya sudah berada di kedudukan itu sejak 2010 dan mengekalkannya sehingga hari ini."
 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video