Satu sukan ekstrem yang kali pertama diadakan di Kuala Lumpur (KL) iaitu Downmall Challenge menampilkan persaingan sengit melibatkan tiga penjuru Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam kategori lelaki elit.
Acara tersebut dianjurkan oleh Club Ultimate Endurance dengan kerjasama erat Scarfox Cycling Club yang bernaung di bawah Persatuan Berbasikal KL.
Downmall merupakan perlumbaan berbasikal unik kerana ia menggabungkan kelajuan, kemahiran teknikal dan keberanian yang berlangsung di pusat beli belah yang diubahsuai menjadi litar.
Perebutan podium menjadi pertaruhan luar biasa daripada peserta yang nampaknya tidak kekok beraksi demi kedudukan utama.
Namun, hakikatnya peserta dari Singapura menerusi pasukan Amaza, Izzadnaf Abdul Qushairi, yang mencatatkan masa 1 minit 33.8 saat lebih layak dijulang sebagai juara walaupun pada hujung pertarungan Izzadnaf gagal mengimbangi basikalnya dan terjatuh sebaik melepasi garisan penamat.
Izzadnaf bakal menjadi cabaran buat sukan BMX dalam Sukan SEA di mana dia kini dalam pencarian kutipan mata untuk beraksi di Thailand hujung tahun ini.
"Secara jujurnya, jurulatih saya membantu mengatasi segala ketakutan.
"Saya tidak tahu bagaimana, tetapi anda akan terbiasa dengannya.
"Anda tahu anda mahukan kemenangan. Perasaan gemuruh termasuk sudah meletakkan pelbagai usaha dianggap fikiran kedua," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Sementara itu, menamatkan saingan di kedudukan kedua, wakil mountain bike negara, Tengku Mukhriz Tengku Mansor, akur dengan kesilapannya di tingkat tiga bangunan, membuatkan dia tercicir kiraan mata selain berhasrat merangkul kejuaraan dinafikan.
Mukhriz akur dengan catatan 1m 35s untuk mengesahkan kedudukan keduanya dengan perbezaan hanya 0.02s di belakang Izzadnaf.
"Saya dapat memperbaiki catatan masa saya dari semalam.
"Saya ada melakukan sedikit kesilapan, tetapi Alhamdulillah untuk kemenangan juga," katanya.