Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

KKM sahkan kematian Haziq disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takziah-haziq-kamaruddin.jpg
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa hasil bedah siasat mendapati kematian mengejut pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, adalah disebabkan "komplikasi  salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis)".

KKM, bagaimanapun, menegaskan siasatan lanjut masih berjalan dan tiada sebarang bukti menunjukkan ia berkait langsung dengan vaksin COVID-19.

"Kematian mengejut Allahyarham Haziq Kamaruddin, atlet memanah negara, yang dibawa ke Hospital Kajang semalam telah disiasat di bawah Sudden Death Report (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di mana arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian," kata kenyataan itu.

"Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian COVID-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut.  Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

"Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal. Namun, sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi COVID-19."


Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video