Skip to main content

Sukan Lain

Kirthana sedia cabar idolanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kirthana.jpg
Atlet lompat kijang negara, R. Kirthana, sedia berhadapan pemegang pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Olga Rypakova, dalam Kejohanan Olahraga Asia selepas terpilih menyertai saingan di Doha itu bermula 21 April ini.

Kirthana meluahkan keterujaannya berhadapan Olga yang turut dianggap sebagai idola, sekali gus meningkatkan semangatnya untuk memperbaiki rekod peribadi.

Atlet berusia 22 tahun itu belum berpuas hati dengan catatan terbaiknya, 13.48 meter, yang dilakar dalam Kejohanan Olahraga Perak All Comers, Februari lalu, malah menyasarkan catatan 14 meter, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan di Doha nanti.

Kirthana terpilih untuk mewakili negara dalam acara lompat kijang dalam saingan itu selepas berjaya meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Grand Prix Terbuka Malaysia dengan catatan 13.17m.

"Saya mengetahui Olga akan beraksi dalam Kejohanan Asia, dia adalah idola saya dan saya tidak sabar untuk berdepannya," katanya.

Bagaimanapun, Kirthana mengakui dia masih perlu berusaha keras dalam latihan untuk memperbaiki kelemahannya sebelum berlepas ke Doha.

"Setakat ini, beberapa aspek teknikal perlu diperbaiki sebelum ke Doha."

Advertisement

Must Watch Video