Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerima lebih 20 permohonan bagi mengisi jawatan ketua jurulatih skuad hoki wanita negara yang ditingggalkan Muhammad Dharmaa Raj Abdullah.
Sebelum tarikh tutup lewat malam tadi, Timbalan Presiden KHM, Datuk Dr. S. Shamala, mendedahkan permohonan itu turut melibatkan calon dari luar negara, termasuk England dan Afrika Selatan.
"Kami menerima maklum balas yang amat positif.
"Kami menerima lebih daripada 20 permohonan.
"Ia amat membanggakan apabila calon yang menghantar permohonan itu merupakan calon-calon yang berkaliber dari pelbagai negara, termasuk England, Belanda, Korea (Selatan), India, Pakistan, Afirka Selatan dan banyak lagi.
"Ia merupakan satu respons yang amat baik dan kami amat berbangga kerana akan memiliki pilihan terbaik untuk menerajui skuad hoki wanita," katanya.
Mengenai kriteria yang dikehendaki KHM, Dr. Shamala menambah: "Kriteria utama adalah mereka perlu membuktikan bahawa skuad wanita kita boleh layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik selain memecah kelompok lima terbaik Asia."
Editor: Muzaffar Musa