HOKI
KHM rancang kembangkan hoki dalam dewan
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Subahan Kamal, mempunyai perancangan untuk menganjurkan Piala Dunia Dalam Dewan 2025.
Jelasnya, ia didorong prestasi memberangsangkan pemain yang beraksi dalam dalam Sukan SEA di Kemboja, Mei lalu.
Bukan itu sahaja, malah dia turut terfikir untuk menganjurkan kejohanan hoki wanita antarabangsa sekiranya mendapat lebihan dana dan sokongan daripada penganjur luar.
Iklan
"Kalau FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) mahu menganjurkan lagi kejohanan misalnya jemputan untuk menganjurkan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan sebab prestasi kita semakin baik. Jadi kita perlu fokus kepada kategori ini.
"Sukan dalam dewan sememangnya sinonim dengan anak-anak muda terutama untuk penuntut universiti.
"Kategori ini akan dipertandingkan dalam Sukan SEA edisi akan datang dan kami berharap ia turut diadakan dalam Sukan Asia.
"Jadi sukan ini boleh menarik minat ramai," katanya dalam sidang media hari ini sempena penganjuran Piala Dunia Remaja yang bakal berlangsung di Bukit Jalil, minggu depan.
Must-Watch Video