Skip to main content

Sukan SEA

Khir Akyazlan, Arfiqarnie berpeluang ke kategori A

iruan-zulkefli.jpg
Peluang dua peninju negara, Khir Akyazlan Azmi dan Arfiqarnie Ahmad Anshori, semakin cerah untuk diserapkan ke dalam kategori A menjelang Sukan SEA Filipina, November depan selepas mempamerkan aksi meyakinkan dalam Kejohanan Tinju Terbuka Thailand, bulan lalu.

Ketika ini, hanya Ahmad Fuad Redzuan diletakkan dalam kategori A sementara Khir Akyazlan dan Arfiqarnie berada dalam kategori B.

Bagaimanapun, Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) meraih dua slot tambahan kategori A dan ia dilihat sebagai peluang terbaik untuk kedua-dua peninju berkenaan.

"Masih ada masa untuk tentukan kategori A ini.

"Dalam Terbuka Thailand, kami mendapat satu gangsa dan dua peninju menyertai kelompok lapan terbaik.

"Kami akan memilih yang terbaik.

"Kami tidak akan memilih yang 'Labu-Labi' punya.

"Kami akan memilih yang betul-betul pejuang untuk pergi ke Sukan SEA.

"Tiga yang terpilih (slot kategori A) merupakan yang terbaik," kata pengurus skuad tinju negara, Iruan Zulkefli.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa atlet dalam kategori A merupakan sandaran negara untuk meraih pingat dalam temasya berkenaan.

"Kategori A atau B, tiada masalah buat saya.

"Kalau dalam kategori B pun, saya tetap kena cari pingat.

"Kategori A pun sama juga.

"Jadi, saya malas nak fikir kategori apa.

"Janji bila pergi sana, saya cari pingat," kata Khir Akyazlan.

"Sasaran saya ialah kelompok empat terbaik.

"Mana-mana pingat itu, saya akan cuba untuk usahakanlah.

"Saya akan tengok kepada undian juga.

"Saya pun mengharapkan tuah undianlah," tambah Arfiqarnie pula.

Advertisement

Must Watch Video