Skip to main content

Sukan Lain

Khiew Hoe Yean idam pecah rekod dalam kategori jarak dekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoe.jpg
Perenang kebangsaan, Steve Khiew Hoe Yean, berazam untuk terus memecahkan rekod kebangsaan dalam Kejohanan Renang Piala Dunia 2024 di Shanghai, China, yang bermula 18 hingga 20 Oktober ini.

Setelah berjaya mencatatkan rekod terbaru negara sebanyak dua kali, penampilan pertama Hoe Yean dalam kejohanan berprestij itu dijadikan sebagai pentas terbaik untuk mengukuhkan teknik kuakan sambil berharap magis akan tercipta.

"Satu pengalaman yang baru buat saya apabila hampir 10 tahun tidak berenang dalam jarak singkat jadi harapnya semua berjalan lancar," katanya kepada Nadi Arena.

Selepas hampir sebulan berehat daripada Sukan Olimpik Paris 2024, jurulatihnya, Eric Anderson, mengakui anak buahnya sedang dalam usaha mendapatkan kelajuan terbaik menentang perenang serata dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video