"Saya tidak mampu bayar," itu komen jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, mengenai keputusan bertukar jurulatih selepas tiga tahun mendapatkan sentuhan Alex Steward dengan bayaran RM1,500 sebulan.
Nauraj antara atlet negara yang sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan jurulatih.
Dia membayar RM1,500 sebulan untuk mendapatkan modul latihan daripada Steward yang berpangkalan di Australia.
Mereka berhubung menerusi pelbagai aplikasi hinggalah Majlis Sukan Negara (MSN) mewujudkan sistem 'tier' dengan langkah berjimat-cermat.
Nauraj perlu melakukan perkara sama dengan langkah pertama mendapatkan sentuhan Alexander Gasparyan, pengendali kelahiran Uzbekistan yang mengikat kontrak bersama MSN.
"Hari ini adalah latihan pertama saya bersama jurulatih dari Uzbekistan. Saya telah menjalani tiga bulan yang lepas bersama Steward dan ia agak menyukarkan untuk saya membayar khidmat beliau," kata Nauraj.
Cabaran utamanya kini ialah melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia, 2.30m, di Dubai, Oktober depan.
Dia pernah menyertai Kejohanan Dunia 2017 di bawah kendalian Steward.