Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, meminta Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2018 (IOCAG) di Indonesia mengkaji semula pengguguran acara keirin basikal trek kerana temasya itu patut mengutamakan jaguh dunia dari benua ini.
Indonesia serius menggugurkan keirin, pecut dan pecut berpasukan dalam Sukan Asia tahun depan.
Terbaru, mereka turut menggugurkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, sebagai pegawai teknikal acara berbasikal temasya itu.
Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) sedang berusaha untuk menyenaraikan semula ketiga-tiga acara terbabit, malah ia disokong Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Acara keirin ini bukan (melibatkan) Azizulhasni (Awang) sahaja. Kita mendapat penglibatan daripada banyak negara untuk acara itu, lagipun Azizul bukan juara bertahan di peringkat Sukan Asia. Dia adalah juara dunia tetapi tetapi bukan juara Asia.
"Saya harap Indonesia dapat menimbang semula sebab acara ini adalah acara yang popular," kata Khairy.
Jika Indonesia kekal dengan pendirian itu, maka jaguh keirin dunia, Azizulhasni, akan berputih mata untuk mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sementara itu, Khairy memuji kejayaan skuad skuasy wanita negara yang muncul naib juara Kejohanan Remaja Dunia di New Zealand selepas tewas 0-2 di tangan Mesir dalam final.
"Saya masih bangga dengan tugas yang dilakukan mereka. Ia satu momentum yang baik untuk Sukan SEA kerana mereka akan bermain dalam Sukan SEA.
"Kita tidak memberikan Nicol David bermain kerana mahu memberi peluang kepada pelapis. Saya rasa ini bagus untuk mereka," katanya.