Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan Zaidatul Husniah Zulkifli, sah menarik diri daripada menyertai acara 100 meter dalam Kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal bermula Isnin ini.
Langkah itu diambil sebagai persiapan dan juga strategi untuk memastikan pingat emas mampu diraih di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
"Saya hanya mengikut perancangan jurulatih dan sudah semestinya sasaran utama saya adalah Sukan SEA," kata Khairul Hafiz.
Kedua-dua pelari itu masing-masing memiliki peluang terbaik untuk bergelar raja dan ratu pecut Sukan SEA, terutama Khairul Hafiz yang muncul pelari terpantas Asia Tenggara pada tahun ini selepas melakukan catatan masa 10.24 saat.
Selain itu, mereka juga akan meletakkan fokus terhadap acara 200m dan 4x100m.
"Sebelum ini, saya sudah bersaing ketika saingan di Thailand dan juga India, jadi saya mengambil peluang ini untuk mempertajamkan aksi dalam acara 200 meter," kata Zaidatul.
Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menganugerahkan gelaran olahragawan dan olahragawati untuk atlet mereka yang cemerlang dalam saingan dwitahunan itu dan perkara itu disahkan oleh presiden, Datuk Karim Ibrahim.
"Ini khas untuk skuad olahraga kerana kami cuba untuk memperkenalkan sumbangan mereka terhadap negara," kata Karim.