Skip to main content

Sukan Lain

Khairul sasar saingan di Belanda raih tiket ke Tokyo 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairulanuar.jpg
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, tidak terganggu apabila gagal mencapai sasaran untuk muncul terbaik dalam Piala Asia dengan menetapkan objektif baru -- berada dalam kelompok lapan terbaik Kejohanan Memanah Dunia di Belanda bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sasaran bagi Piala Asia gagal dilunaskan, namun Khairul Anuar masih tidak berganjak dengan sasaran memastikan slot ke Sukan Olimpik tahun depan.

Satu-satunya peluangnya ke Olimpik adalah menerusi Kejohanan Dunia di Belanda, Jun ini.

Terlalu mahukan keputusan yang baik akhirnya memakan diri dan ia menjadi faktor kegagalan Khairul Anuar di Bangkok.

"Saya mengetahui persembahan yang lebih baik mampu dilakukan tetapi saya masih lagi gagal untuk mengawal emosi ketika beraksi," katanya.

Tegasnya lagi, laluan ke Sukan Olimpik masih sama dan tidak tersasar jauh.

Sasaran untuk berada dalam kelompok lapan terbaik menjadi keutamaan bagi memastikan penyertaannya dalam temasya terbesar itu.

"Bagi kelayakan Sukan Olimpik, terdapat perubahan dalam peraturan yang telah ditetapkan. Peluang untuk layak masih ada dan rentak persembahan dalam kejohanan perlu dipertingkatkan lagi."

Skuad negara sekadar membawa pulang satu emas daripada compound berpasukan wanita, satu perak bagi acara recurve berpasukan lelaki dan perak compound individu wanita.

Advertisement

Must Watch Video